SOALAN LAZIM

Soalan - Soalan Lazim Pinjaman Kereta Soalan-Soalan yang biasa dikemukan oleh bakal pembeli kereta baru:

S1. Assalamualaikum En. Wan Shah, apa maksud gaji bersih?
J1. W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT dan lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO

S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya beli kereta tanpa penjamin?
J2. Boleh sekirannya anda mempunyai duit muka "downpayment" melebihi 40% dari harga kereta. Ini sebagai jaminan kepada bank.

S3. Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi saya ada buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan.. boleh ke saya beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor mak/ayah... Bisnes saya buat tu dah daftar SSM dan ada current account.
J3. Maaf. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 5000 setiap bulan (akaun mestilah aktif lebih dari 6 bulan). Jika kurang dari tersebut anda perlukan seorang penjamin.

S4. Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..mcmna saya bokleh ke mohon utk skim nie??? boleh email kat saya utk slanjutnya.
J4. Syarat untuk menjadi penjamin gaji bersih paling kurang adalah RM 3000 bersih.

S5. Harga kereta yang tertera tu termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga jualan termasuk road tax dan insurans.

S6. En. Wan Shah cakap haritu dapat full loan, kenapa bank saya perlu bayar downpayment 1000.
J6. Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak bank. Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada kebiasaanya, kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk mendapat pinjaman penuh "full loan"

S7. Saya kakitangan Kerajaan @ GLC, tetapi blacklist, boleh x nak beli kereta baru?
J7. Boleh. Sila rujuk DISINI

S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8. Maaf, saya tidak dapat membantu.

S9. En Shah ada x kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bglah duit kopi untuk ejas loan.
J9. Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ

S10. Gaji saya RM2000 layak x saya memohon pinjaman untuk Proton Exora?
J10. Maklumat lengkap berkenaan syarat boleh rujuk DISINI

S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh sekiranya majikan anda mencarum KWSP anda. Jika tidak, anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.

S12. Saya baru tamat belajar dr kolej, boleh x saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.

S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh x nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Maaf saya tak dapat nak bantu. Jika anda ingin juga beli kereta, saya nasihatkan anda terus gunakan nama penjamin anda sebagai pembeli.

S14. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J14. Boleh. Sila hubungi saya 018-6650541 untuk keterangan lanjut.

S15. Macam mana yer nak berurusan dengan En. Wan Shah untuk beli kereta baru?
J15. Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan dokumen yang diperlukan. Selepas pinjaman lulus, saya akan ketempat anda bagi proses untuk tandatangan perjanjian beli kereta. Selepas itu, kereta yang diminta boleh diambil di showroom atau saya hantar ke tempat anda.

S16. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer?
J16. Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai hitam.

S17. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau x? boleh En. Wan Shah tolong cek x?
J17. Semakan sama anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak. Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampiran untuk semakan.

S18. En Wan Shah jual kereta Second hand x? saya berminat untuk beli Gen2.
J18. Maaf saya hanya jual kereta baru.

S19. Saya nak beli kereta baru, boleh x saya nak trade ini kereta saya?
J19. Boleh, tidak menjadi masalah.

S20: Saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan. boleh ke saya tak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi setahun?
J20. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat tawaran kerja. Terima kasih

S21. Selamatkan berurusan secara online untuk beli kereta?
J21. Jika anda was-was dan tidak yakin, saya menjemput anda untuk datang ke showroom saya untuk proses jual beli kereta baru anda. Terima kasih

S22. Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp En. Wan Shah cakap kereta lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer en Shah?
S22. Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.

S23. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokumen.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru?
J23. Boleh sekiranya anda mempunyai downpayment 40% keatas atau mempunyai penjamin bergaji RM3000 keatas bersih.

S24. Gaji kasar saya RM 4000, gaji bersih saya RM 2000. Saya merupakan kakitangan kerajaan, tetapi kenapa bank tidak meluluskan pinjaman untuk pembelian kereta Proton Saga FLX yang saya mohon? Saya tidak blacklisted dan rekod CCRIS saya cantik.

J24. Kemungkinan kegagalan pinjaman adalah disebabkan beberapa faktor. Kemungkinan besar komitment (hutang) diluar penyata gaji adalah tinggi.. Contohnya: gaji RM 4000 - hutang dalam slip gaji RM2000 dan hutang luar dari Slip gaji (kredit kad, rumah dll) RM 1500. Secara mudahnya bank akan menolak permohonan ini disebabkan baki pendapatan anda ialah RM 500.